Sponsor ads

30.9.11

Ketua Tikus di SenGoben

Hi uols, sorry lama tak update, alasan biasa adalah busy walau hakikatnya akak memang kurang produktif sejak dua menjak ni. entahlah kenapa, tapi yang pastinya sebab bos aku slalu takde jadi bila kucing takde, semua tikus-tikus pun keluar dan bermaharajalela dengan begitu hebatnya skali. dan akak sebagai ketua tikus telah mengajak rakan-rakan untuk berjimba setiap kali lunch time, sebab selalu mkan lunch kat kantin je uols. takde masa nak keluar.

tapi tu la..aku sebenonya banyak je draf tapi semua tak publish. sebab semua cerita separuh2 gitu uols. haaaaa..begitu potong stim skalik kalau membacanya. entah kenapa lah aku ni, kata minat menulis tapi minat memalaskan diri tu lebih tegar dalam diri makanya nan adolah ye kawan-kawan. anyway, sebagai adik seorg selebriti dan juga berkawan dengan selebriti, aku pun nak mengupdate perkembangan terbaru tentang diri aku tp sebelum itu..

sidetrack sket:

contoh-contoh selebriti yang pernah aku jumpa or terserempak:
a) Redz@ Minhat - rolls eyes hehe
b) Rosyam Noor - berjumpa di Houze Depot di mana abang syam sibuk membeli gerudi, dengan ucapan, "Nak gerudi apa tewwwww?" HAHAHA (cewah panggil abang syam uols, tetiba husband aku panggil dia abang syam, bajet kawan le teww)
c) Eizlan Yusof - hensem dia ni
d) Sasha Elite - biasa je
e) Rita Rudaini - CUN!
f) Catriona Ross
g) BANDI AMUK VERSION TAK PAKAI TOPENG tp kalau pakai topeng lagi hensem kot muahaha
h) Zaleha Khairene - yang ni tak sangka jadi kawan uols, memula aku jd stalker blog dia pastu last2 bleh plak dia sudi berkawan dgn aku yg separa gila ini hehe I love her to bits!
i) dan banyak lagilah pelakon2 drama TV yang aku kenal muka tapi taktau nama tapi dalam banyak2 kenapa lah aku tak pernah jumpa Hans Isaac? why? whyyyyyyyyyyyyy?


anyway.. apa sebenarnya yang aku nak cerita pasal diri aku tadi..hehe (ooo pasal perkembangan)

1. Latest development ialah, lusa aku nak lari mini marathon lagi 10km dalam Adidas King Of The Road. huwaaaaaaaaaaaaaaaaa....takde keje cari keje betul.. huhu

2. Aku demam few days back, menjangkit dari Rdz. sekarang sakit tekak nak telan air liur pun susah

3. Semalam bergadoh dgn Rdz pasal aku cakap life dah boring skang ni, aku cakap dia asyik keje-keje-keje. Pastu dia marah balik dia cakap, "Habis...you tu tak kerja ke????"

AIKKKKKKKKK... ini machiam pun ada ka..memang la aku keje tapi aku paling2 pun kul 8-9pm aku dah tutup sumer everything aku dah tak pikir pasal opis lagi dah. tapi Rdz lagila keje 24/7 kot kul 2 pagi pun jawab e-mel lagi, dah dah la tu kan... aku karate gak laptop tu karang... tetiba dia sentap plak kan. hehe. pastu tak brcakap la kitorg..sampailah pagi tadi.. tp dah ok dah..hehe (apahallah aku citer laki bini ni kat korang aku pun taktau apa motifnya. tapi moral of the story ialah walaupun kami adalah couple - KAMI TAK HOT, KAMI COOL, kadangkala akan bercekau jugak atas sebab2 yang tak munasabah. hehe)

4. Aku homesick dan rindu Mama and Ina, huwaaaaaaaaaaa....



5. Tak sabar nak tunggu December for holidays..arghhhhh aku dah rasa letih sgt..


6. Aku tak berjaya habiskan puasa enam. dapat 4 hari je. bestkan. (baca secara terbalik)


Ok, itu je la kot. development lah sangat kan. underdeveloped ada la..oklah uols. nanti kalau rajin aku kasi habis cerita2 dalam draft aku tu ohkayyyyyyy...


#Tips - Untuk gaya penceritaan lebih menarik dan dramatik, sila baca entri di atas dengan gaya dan nada Kak Senduk(a.k.a meriahuollsdotblogspotdotcom) memakai Boa




2 comments:

abdooss said...

D,
Itu pasal aku puasa 6 mulai 2 Syawal.. sampai mak ayah aku pun dah terpengaruh dgn aku (MUHAHAHAHA - OK DAH-CALM DOWN-sambung cerita) kalau tak kisah tahun 1999 akan berulang = puasa 6 jadi puasa 4 !! sebab sibuk dgn open house, open office, open department, sampaikan ada yg buat open table,,cirit betul.. hahaha (sori ni tak boleh baca terbalik)

dot said...

Dedalie.. 10 km youols? Syabas! Akak baca pon mengah youols. Hehe. Anyway, pasal percintaan ridz ngan laptop tuh, aku totally bole relate. Leman ngan BB, yg kengkadang aku rase nak jek aku humban ke lombong. Huhu. Take care babeh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...